NILAI: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan campur tangan ahli politik dalam isu dominasi kartel indus­tri penternakan ayam di seluruh ne­gara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata laporan terperinci diperlukan dalam menentukan kesahihan dakwaan penglibatan mana-mana pihak dalam isu berkenaan.

“Isu ini bukan perkara mudah, siasatan terperinci diperlukan, baru boleh dipastikan. Kalau ada orang terlibat ia memerlukan siasatan yang rapi, tidak boleh terlalu cepat kata ada kartel,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2022 dan Program Jualan Malaysia Rancak Aidilfitri di AEON Mall Nilai.

“Saya tidak menafikan dan juga tidak mengtesahkan (isu kartel), lebih baik tunggu laporan MyCC. Apabila siasatan siap, bukan hanya melibatkan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) tetapi kementerian lain juga kerana ia berkaitan bekalan dan sebagainya,“ tambahnya.

Beberapa media tempatan hari ini melaporkan campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel dalam indus­tri penternakan ayam di seluruh ne­gara menyebabkan pihak ter­babit terus bermaharajalela.

Laporan media berkenaan turut mendedahkan bahawa kartel tu­rut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada ke­se­luruhan 2.2 juta ekor ternakan itu yang dijual di seluruh negara setiap hari. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image