KUALA LUMPUR: Menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Feb ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap supaya kerajaan dapat menyalurkan peruntukan tambahan bagi membantu persiapan atlet mengharungi temasya besar pada tahun ini dan tahun hadapan.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024 memerlukan penumpuan khusus terutama dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet.

“Kita minta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beri ruang yang lebih kerana kita akan berhadapan dengan kejohanan besar berturut-turut.

“Kita kena hantar atlet untuk bertanding di kejohanan luar supaya mereka memperoleh persaingan yang berkualiti serta pendedahan yang cukup. Kita cuba optimumkan peruntukan yang diberi untuk pastikan atlet ini dapat masuk ke kejohanan dengan persediaan yang cukup,“ katanya pada Sidang Media Pelancaran Jelajah Bola Keranjang ‘3 Lawan 3’ 2023, di sini hari ini.

Adam Adli bagaimanapun berkata peruntukan yang bakal diumumkan kerajaan itu tidak akan mengganggu sebarang program yang sedang dilaksanakan KBS ketika ini. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image