Konsert Orkestra Tradisional di USM

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Sains Malaysia yang ke-50, Dewan Budaya USM dengan kerjasama Istana Budaya akan mempersembahkan ‘Konsert Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya bersama Hael Husaini di Dewan Tuanku Syed Putra USM pada Okt 19.

Memimpin Orkestra Tradisional Malaysia ialah Mohd Yazid Zakaria, dimana gabungan pelbagai genre akan dipersembahkan sebagai satu landasan kepada suatu konsep muzik baru rakyat Malaysia yang bersatu di abad yang mendatang.

Sada Borneo, yang akan menggabungkan muzik tradisional dan moden akan mempersembahkan hasil karyanya ‘Hills of Gold’ dan ‘Puteri Santubong’ dengan menggunakan instrumen sapeh dan kuling tangan.

Hael Husaini, seorang bintang pop, kini terus berkembang dalam dunia muzik Malaysia. Beliau juga bagi kali pertama akan memberi persembahan dengan orkestra dengan lagunya Hajat, Haram, Jampi dan Pencuri Hati.

Sertailah pengalaman ini dengan penjualan promosi tiket awal yang terhad sehingga 5hb Okt yang berharga RM25, RM50, RM100 dan RM150.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Siti Nurhidayah Rahim at 012 682 4449 atau emel andysiti@usm.my

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image