BUTTERWORTH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membelanjakan RM615,000 bagi menyediakan bekalan stok makanan, untuk dihantar ke negeri-negeri yang sedang terjejas banjir sekarang ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata semua bantuan makanan itu masih dalam proses penghantaran dan diharap mencukupi untuk menampung keperluan mangsa banjir ketika ini.

“Kita masih dalam proses hantar makanan dan telah belanja RM615,000 untuk stok makanan, namun ia masih tidak mencukupi kerana di Johor sahaja 40,000 lebih (mangsa banjir) yang terjejas, kita juga menerima bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara iaitu sumbangan RM50,000.

“Saya nak war-warkan untuk mereka yang ingin membantu mangsa banjir, mereka boleh menderma menerusi Yayasan Kebajikan Negara...kalau ada di luar sana membantu syukur Alhamdulilah.

“Setakat ini saya dengar ada yang cuba berikan bantuan dan saya minta pihak di luar sana sana yang mempunyai kemampuan untuk membantu, agar dapat bersama-sama (membantu) mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas lawatan turun padang di Laman Wanita Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Sehingga pagi tadi, Bernama melaporkan keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71).

Mengulas lanjut, Nancy berkata pihaknya turut menambah petugas dari beberapa negeri lain ke negeri yang terjejas banjir, terutama Johor yang paling teruk di landa banjir ketika ini, selain melakukan persiapan dan bersiap siaga berhubung ramalan berlaku banjir di Sabah dan Sarawak pada pertengahan Mac ini.

“Kami akan terus bantu memberi bantuan, bukan sahaja makanan, malah turut memberikan kaunseling dan membantu menghiburkan kanak-kanak, serta bermain dengan mereka supaya tidak bosan di PPS,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir di Yong Peng, Johor pada 1 Mac, telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika menjalankan tugas hari itu.

Beliau berkata ketika kejadian mereka dalam perjalanan menghantar bekalan makanan di PPS di kawasan tersebut, sebelum terkandas dan terperangkap dalam banjir namun berjaya diselamatkan sejam kemudian.

“Sebenarnya kejadian itu berlaku hari pertama (berlaku banjir) iaitu waktu dinihari dan terkandas...namun pegawai-pegawai JKM tersebut telah mengikut SOP malah sudah biasa dengan SOP, cuma keadaan hari itu mungkin kurang persediaan dari diri, malah tidak tahu kawasan mana yang air (banjir) naik,” katanya.

Bagaimanapun, banjir yang luar biasa di negeri itu telah menyaksikan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 46,742 orang setakat 12 tengah hari tadi, dengan Batu Pahat menjadi daerah teruk terjejas banjir melibatkan seramai 15,915 orang.

Ahli Parlimen Tambun itu turut mengarahkan agar semua jabatan kerajaan menyegerakan penilaian kerosakan, serta membantu rakyat yang terjejas kerana kehilangan harta benda serta mengalami kerosakan dan terputus bekalan elektrik dan air.

“Semua ini (penilaian dan pemantauan), semua jabatan saya minta disegerakan. Jangan tunggu lagi. Sebaik air surut, rumah-rumah harus berfungsi,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri Selangor serta jabatan berkaitan di Wilayah Persekutuan akan menghantar kereta dan lori sampah, untuk pasca banjir.

Selain itu, usaha daripada mahasiswa dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diselaraskan, untuk turun membantu keluarga yang terjejas bagi membersihkan rumah-rumah.

“...apa yg penting selepas ini, apabila (mangsa banjir) pulang ke rumah, usaha (telah dilakukan kita) untuk menyelesaikan sebahagian daripada masalah mereka (pascabanjir),” kata beliau.

Perdana Menteri turut memuji Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan kerajaan negeri, atas penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam menyalurkan bantuan dan membantu mangsa banjir.

“Jabatan-jabatan kerajaan, baik keselamatan, polis, tentera, semuanya dikerahkan, kerajaan negeri pun turun. Jabatan bomba, semua, saya nak sebut satu-satu banyak tapi telah diselaraskan juga oleh NADMA dalam menjalankan tugas. Jadi asaya, Alhamdulillah, bangga,” katanya.

Anwar turut merasa terharu dengan kekuatan dan semangat yang ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menghadapi musibah di negeri itu.

“Orang ramai, NGO, banyak membantu. Ada di beberapa tempat, makanan yang diterima sampai berlebihan, ia sekali gus menunjukkan kekuatan semangat rakyat Malaysia, semua kaum (bekerjasama) dalam menghadapi ujian termasuk banjir,” kata beliau.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Besar Johor dan Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image