IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas hari ini selepas hilang di sungai di Kampung Air Panas, dekat Gerik sejak beberapa hari lepas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gerik digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.38 pagi tadi.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada jarak lima meter dari tebing sungai.

“Mangsa yang berusia 60-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image