PETALING JAYA: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) mendapat pujian daripada pengguna sosial media apabila video dirinya menyelamatkan seekor anak kucing di dalam longkang mendapat perhatian ramai.

Video berdurasi 02.08 minit yang di muat naik oleh beliau sendiri di akaun Facebooknya Abu FathiyyaturahmaMenk Abdun Mujtahid menunjukkan dia sedang menyelamatkan kucing tersebut yang terjatuh ke dalam longkang.

Di dalam video tersebut, Abu kelihatan bergegas turun ke tebing longkang untuk menyelamatkan kucing terbabit yang sudah basah kuyup dan berpaut di dinding longkang.

Menurut keterangan video itu, Abu ternampak anak kucing tersebut terjatuh semasa beliau dalam perjalanan menuju ke Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

“Saya cuba naikkan kucing itu ke atas dan Alhamdulillah kami dapat selamatkan anak kucing tersebut.” menurut Abu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 1500 perkongsian dan 278,000 tontonan sejak ianya dimuatnaik.

Menurut Abu lagi, semasa kejadian tersebut dia bersama seorang rakannya yang juga merupakan orang kelainan upaya dan pengguna kaki palsu.

Tindakan mulia Abu telah mendapat reaksi positif dari seluruh warganet. Mereka juga turut mendoakan agar Abu Fathiyyaturahma dan rakannya supaya dimurahkan rezeki.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image