SEARCH

Lelaki lawan arus di lebuhraya PLUS direman 3 hari

13 Nov 2020 / 14:49 H.

TAPAH: Seorang lelaki yang memandu melawan arus di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail ketika dihubungi Bernama berkata permohonan reman ke atas suspek berusia 34 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Tapah hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam insiden Rabu lepas, suspek yang memandu Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat sekatan jalan raya (SJR) polis kira-kira 6petang.

Wan Azharuddin berkata tindakan itu menyebabkan dua lagi kenderaan masing-masing sebuah Toyota Rush dan lori treler gagal mengelak dan kemalangan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.-Bernama

email blast