PETALING JAYA: Sejak semalam, sebuah video memaparkan seorang bayi perempuan diberi menghisap rokok elektronik (vape) tular di laman Twitter.

Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan netizen.

Berdasarkan klip video berdurasi 15 saat itu, kelihatan mulut bayi berkenaan seolah-olah sedang menghisap ‘pod’ vape tersebut.

Dipercayai lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi berkenaan.

Susulan perkongsian itu, pengguna Twitter menyelar perbuatan pasangan terbabit kerana boleh membahayakan kesihatan bayi mereka.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image