Laporan & gambar oleh MASRY CHE ANI

BUTTERWORTH:
Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu rakan baiknya sendiri di Taman Dahlia, Raja Uda awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika mangsa, Lau Weng Heng, 43, sedang menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Jalan Bunga Tanjung, selepas membeli sarapan pagi untuk ibunya.

$!Lau Weng Heng, 43.

Katanya, selepas dirempuh mangsa telah terjatuh dan dilanggar berulang kali serta diseret sejauh 15 meter.

“Polis percaya mangsa masih hidup selepas dilanggar dan suspek telah keluar dari kereta serta memukul mangsa menggunakan kayu sehingga mati,” katanya.

$!Pihak polis dan mayat mangsa di Taman Dahlia, Raja Uda.

Noorzainy berkata, pemeriksaan polis pada mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian badan serta kepala dipercayai akibat dipukul dan dilanggar.

Katanya, hasil siasatan polis juga mendapati mangsa mempunyai tiga rekod berkaitan kesalahan dadah dan dua berkaitan kes Jenayah, manakala dan suspek pula mempunyai lapan rekod iaitu lima berkaitan jenayah dan tiga berkaitan dadah.

$!Pihak polis dan mayat mangsa di Taman Dahlia, Raja Uda.

“Hasil maklumat polis mendapati kedua-dua mereka ini merupakan rakan baik dan polis masih lagi menyiasat motif kejadian,” katanya.

Sementara itu, polis berjaya menemui sebuah kereta Proton Wira dipercayai yang digunakan suspek untuk melanggar mangsa.

$!Lelaki maut dilanggar, dipukul ‘rakan baik’

“Polis juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dirumahnya di Jalan Dahlia Tiga, kira-kira jam 8 pagi hasil dari maklumat penduduk berdekatan dan CCTV.

“Dengan tertangkapnya suspek itu, polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan ini,” katanya.

$!Pihak polis dan mayat mangsa di Taman Dahlia, Raja Uda.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image