IPOH: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan kilang lama yang sudah tidak beroperasi di Kampung Coldstream, Bidor pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian mengenai mangsa berusia lingkungan 40-an itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati ada seorang mangsa lelaki terkena renjatan elektrik, namun tiada pengenalan diri pada mangsa tersebut.

“Pemeriksaan mendapati masih ada arus elektrik di kawasan mangsa dan kami memohon bantuan Tenaga Nasional Berhad ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image