MELAKA: Seorang lelaki warganegara India dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pesara.

S.Logamurugan, 27, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Sa’adon Sahat, 57, di belakang premis bangunan tiga tingkat Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim antara 2.44 pagi hingga 3.10 pagi pada 27 Feb lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes. - Bernama