IPOH: Lima rumah teres di Jalan Wah Long, New Wah Long dekat Kampar, musnah manakala sebuah rumah lagi hanya terbakar pada bahagian pagar dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima pangggilan kecemasan pada 2.10 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu BBP Gopeng dan Tapah bergegas ke lokasi kejadian.

“Lima rumah berkenaan musnah kira-kira 90 peratus namun kejadian tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan,“ katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata operasi pemadaman tamat kira-kira 5 pagi. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image