KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) minggu ini bagi membincangkan hala tuju dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Menurut Loke, beliau memahami kesulitan yang dihadapi penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) selepas meninjau keadaan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya semasa waktu puncak antara 5 hingga 7 petang semalam.

Beliau berkata keadaan dalam tren sangat sesak yang sudah tentu menimbulkan rasa kurang selesa kepada penumpang.

“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image