Makmal proses heroin, syabu di Seberang Perai Tengah – dua lelaki ditahan

Laporan & gambar oleh Masry Che Ani

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai makmal mini di Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah, 30 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid berkata, serbuan dibuat hasil risikan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berkaitan aktiviti memproses dan mengedar dadah jenis heroin serta syabu yang dilakukan oleh dua lelaki tempatan.

$!Makmal proses heroin, syabu di Seberang Perai Tengah – dua lelaki ditahan

Katanya, hasil risikan itu polis mendapati kumpulan sindiket berkenaan sudah beroperasi sejak enam bulan lalu di sebuah rumah teres yang disewa dan dijadikan makmal mini bagi menghasilkan dadah untuk dijual di sekitar negeri ini.

“Semasa serbuan pertama polis menahan lelaki berusia 47 di rumah berkenaan dan merampas peralatan memproses dadah jenis heroin.

$!Makmal proses heroin, syabu di Seberang Perai Tengah – dua lelaki ditahan

“Turut ditemui 2,210 gram heroin, 660 gram syabu, 20 pil eramin 5 dan 2,763 gram serbuk kafein,” katanya pada sidang akhbar.

Abdul Aziz berkata, berikutan tangkapan itu pihaknya menggerakkan serbuan pada Sabtu lalu di kawsan Bukit Tengah dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan rakan kongsi suspek pertama yang ditahan.

“Dalam serbuan itu pihak berkuasa merampas 10 bungkusan plastik teh herba Cina yang mengandungi 10.357kg dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM400,000.

$!Makmal proses heroin, syabu di Seberang Perai Tengah – dua lelaki ditahan

“Polis juga turut merampas sebuah kereta daripada salah seorang suspek selain wang tunai berjumlah RM1,300,” katanya

Katanya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM447,320 dan boleh digunakan untuk kegunaan 58,845 penagih dadah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya mungkin akan membuat beberapa tangkapan beberapa lagi ahli sindiket berkenaan.

“Salah seorang dari suspek sudah pun dituduh di mahkamah pada Isnin lalu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berdepan dengan hukuman mati mandatori,

“Seorang lagi susupek direman sehingga 14 Ogos depan dan sedang disiasat mengikut akta yang sama,“katanya.

$!Makmal proses heroin, syabu di Seberang Perai Tengah – dua lelaki ditahan

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image