KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (gambar) hari ini menyeru masyarakat supaya terus menghargai kanak-kanak kerana mereka adalah pewaris negara, agama dan bangsa.

Annuar menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini berkata anak-anak merupakan amanah dan anugerah Allah SWT yang terindah dan amat berharga.

“Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021,” katanya.

Dalam poster yang turut dimuat naik beliau berkata: “Kitalah yang mencorak kehidupan anak-anak kita”.

Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2021 yang disambut hari ini bertemakan ‘Anak Kita Masa Depan Kita’.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun menerusi catatan di Facebook rasminya yang turut menyeru perkara sama berkata kanak-kanak merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa hadapan negara.

“Menyedari hakikat ini, tema Hari Kanak-Kanak ‘Anak Kita Masa Depan Kita’ membawa harapan besar kepada agenda pemerkasaan Keluarga Malaysia yang turut menumpukan pembangunan kanak-kanak sebagai pengemudi masa hadapan nasional.

“Insya-Allah, menerusi inisiatif-inisiatif yang direncanakan oleh kementerian, anak-anak nasional dapat bersama-sama menggapai segala kejayaan masa hadapan yang menjadi cita-cita kita bersama,” katanya.- Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image