KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan acara 100 meter (m) di kedudukan ke-11 pada saingan suku akhir divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, pagi tadi waktu Malaysia.

Menurut laman sesawang kejohanan, https://flashresults.ncaa.com/Outdoor/2023/FirstRounds/East/001-2.pdf, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.

Catatan itu lebih pentas daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lepas, namun ia tidak diiktiraf kerana bantuan angin sebanyak +5.5 meter per saat (m/s) berbanding maksimum +2.0m/s yang dibenarkan untuk diterima sebagai rekod baharu kebangsaan.

Difahamkan, atlet berusia 19 tahun dari Ipoh, Perak itu terpaksa berlari dalam keadaan menahan sakit berikutan kecederaan pangkal paha kanannya. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image