KUALA LUMPUR: Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi ini bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua perkhidmatan stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir, manakala operasi bas Rapid KL bagi 20 laluan yang terpilih akan dilanjutkan hingga pukul 2.30 pagi.

Menurut kenyataan itu, susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.

“Bagi mengelakkan kesesakan, penumpang dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil, ataupun menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi.

“Penumpang juga dinasihatkan mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

Berikut ialah 20 laluan bas Rapid KL yang dilanjutkan operasi hingga 2.30 pagi:

173 Lebuh Ampang - Taman Jasa Utama

190 Lin Ho Jalan Lekiu - Hab Desa Sri Hartamas

250 Lebuh Ampang - Stesen LRT Wangsa Maju

772 Hab Pasar Seni - Subang Suria Mah Sing

400 Hab Lebuh Pudu via Bukit Bintang - Damai Perdana

450 Hab Lebuh Pudu - Hentian Kajang

590 Hab Lebuh Pudu - Bandar Sungai Long

600 Hab Pasar Seni - Puchong Utama

640 Hab Pasar Seni - Hab Bas Sri Manja

652 Batu 3 Jalan Klang Lama - Stesen LRT Awan Besar

T580 TPM via Stesen LRT Bukit Jalil - Stesen LRT Awan Besar

T582 Bandar Sri Petaling - Stesen LRT Sri Petaling

300 Lebuh Ampang Hab - Pandan Indah

303 Lebuh Ampang -Taman Mulia Jaya

751 Hab Pasar Seni - Taman Sri Muda

T460 Bandar Teknologi Kajang - Stesen MRT Stadium Kajang

T803 Subang Suria - Stesen MRT Kwasa Sentral

T101 Bukit Rahman Putra - Stesen MRT Sungai Buloh

T102 Kampung Paya Jaras Hilir - Stesen MRT Sungai Buloh

T103 Sutera Damansara - MRT Damansara Damai

- Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image