PBM tumpu 3 isu utama Felda

PETALING JAYA: Penyelesaian kepada tiga isu utama yang dihadapi peneroka Felda di Hulu Selangor menjadi fokus utama calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pada 31 Ogos yang lalu, saya telah membawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bertemu dengan peneroka Felda untuk mencari penyelesaian untuk 3 isu utama yang dihadapi mereka.

“Isu-isu adalah seperti berikut: pembukaan akaun untuk peneroka yang mengusahakan ladang sawit mereka sendiri; permohonan meningkatkan had berat jualan sawit bulanan kepada kilang dari 15 tan bagi setiap akaun peneroka; dan membenarkan koperasi yg ditubuhkan oleh peneroka untuk membeli buah sawit daripada peneroka,“ kata Haniza Mohamed Talha dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnye, sejurus selepas pertemuan tersebut, Zuraida telah pun mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi Felda bagi mencari penyelesaian.

“Saya mendapat maklumat bahawa had berat jualan sawit bulanan yang dibenarkan telah dinaikkan kepada 20 tan, dan kini ia dalam proses untuk dilaksanakan. Dua lagi isu tersebut masih dalam proses kelulusan. Saya sangat positif kedua-dua lagi isu ini akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

“Di Hulu Selangor, terdapat ramai peneroka Felda yang dijangka akan mendapat manfaat dari keputusan ini. Langkah ini juga dijangka akan dapat menaikkan taraf hidup peneroka Felda,“ tambah Haniza.

Haniza juga berjanji akan terus memperjuangkan nasib peneroka Felda di Hulu Selangor.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image