Pegawai Muda APM perlu sentiasa peka dan bersedia berkhidmat -Raja Muda Perlis

ARAU: Pegawai Muda Angkatan Pertahanan Awam (APM) perlu sentiasa peka dengan kedaaan terkini dan bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa diperlukan, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah mereka juga harus tahu tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan sesuatu keadaan.

“Pegawai Muda juga perlu bersiap sedia berkhidmat dan bergabung tenaga dengan badan beruniform lain sebagai barisan hadapan bagi membantu dan menyelamat mangsa yang terkesan akibat sebarang trauma,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian di Majlis Pentauliahan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-11 di UniMAP di sini, dan turut hadir ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab.

Hari ini seramai 301 orang pegawai kadet ditauliahkan dengan gelaran Pegawai Muda berpangkat Leftenan Muda. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image