SEARCH

Pekerja kelab malam didakwa bunuh rakan

12 Aug 2020 / 11:28 H.

BUTTERWORTH: Seorang pengawal keselamatan kelab malam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya, dua minggu lepas.

Christopher Wong Khoon Swan, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof yang bertindak sebagai Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Wong didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian rakannya Lau Weng Heng, 43, di Jalan Dahlia Tiga, Taman Dahlia di sini antara 5.50 pagi dan 6 pagi pada 29 Julai lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

email blast