PETALING JAYA: Waktu yang dihabiskan di dalam penjara, walaupun tidak terlalu lama, adalah tempoh yang akan mengubah hidup seseorang banduan. Pada Dr Mohamad Khir Toyo, tempoh tersebut telah memberikannya pandangan yang agak berbeza.

“Waktu saya di penjara adalah salah satu perkara yang terbaik, yang terjadi kepada saya,” katanya, sambil mengenang kembali sejarah hidupnya sebagai banduan.

Ketika berada di dalam penjara selama enam bulan, beliau telah menyaksikan kengerian hukuman sebat dan juga berkenalan dengan beberapa penjenayah yang sangat keji.

Bilik atau sel penjara beliau terletak bersebelahan dengan bilik hukuman sebat dan pada setiap hari Jumaat, beliau akan mendengar jeritan banduan yang diselang-seli dengan setiap sebatan.

“Banduan yang telah disebat akan berjumpa dengan saya untuk bantuan merawat mereka. Ada juga yang meminta nasihat saya,” kata Dr Mohamad Khir yang berkhidmat sebagai doktor gigi sebelum terlibat di dalam dunia politik.

“Saya juga berkenalan dengan dengan berbagai jenis banduan di dalam penjara... penagih dadah, pengedar dadah, perogol... macam-macam ada...”

Waktu yang ditunggu-tunggunya ialah lawatan bulanan ahli keluarganya, yang sangat dirinduinya. Selain dari itu, Dr Mohamad Khir hanya mempunyai masa terluang yang sangat banyak.

“Saya mempunyai masa untuk memikirkan pelbagai perkara... banyak masa mengenang kembali semua tindakan dan perbuatan saya,” katanya.

Dr Mohamad Khir, yang menyamakan pengalamannya dengan kisah bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela (yang telah dipenjarakan selama 27 tahun sebagai banduan politik), kini percaya bahawa seseorang itu tidak akan benar-benar “mengenali” negaranya sehinggalah mengalami sendiri kehidupan sebagai banduan.

Ketika di dalam penjara, beliau juga menyedari ada yang “tidak kena dengan sistem di negara ini”. Sebagai contoh, beliau mecadangkan bahawa cara untuk membanteras rasuah ialah dengan menghukum penerima dan juga pemberi rasuah.

Beliau kini tidak mahu terlalu mengenang kisah lama dan mahu melihat ke hadapan, di dalam hidupnya.

“Saya menyesali perbuatan salah saya dan saya telah menjalani hukumannya.”

Demi kebaikan negeri Selangor, Dr Moahamad Khir telah menyenaraikan isu-isu negeri kelahirannya yang sangat perlu ditangani.

“Salah satunya ialah isu air; ianya perlu diselesaikan dengan cepat.”

Beliau percaya bahawa beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah penduduk Selangor dan beliau yakin akan perubahan yang boleh dilakukannya.

“Tetapi, sebelum melakukan semua itu, saya perlu bertanding di dalam pilihanraya. Bila sudah masuk politik, agak mustahil untuk meninggalkannya,” tambahnya, sambil bertekad dan berazam untuk kembali ke arena politik.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image