KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju memberi pengecualian bayaran bil air selama tiga bulan bermula Januari ini, kepada penduduk di kawasan terjejas banjir di negeri itu baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata 40,000 rumah dijangka menerima pengecualian itu dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

“Pengecualian ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mangsa banjir terutamanya selepas membersihkan rumah mereka yang terjejas akibat bencana itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Banjir di Pahang bermula pada 17 Dis lepas dan pulih sepenuhnya pada 11 Jan dengan keseluruhan 67,878 mangsa terlibat di 10 daerah.

Daerah yang terjejas ialah Bentong, Raub, Lipis, Temerloh, Jerantut, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image