SEARCH

Penyelenggaran keretapi Bukit Bendera dijadual semula pada 1-5 Jun

22 May 2020 / 17:43 H.

GEORGE TOWN: Penyelenggaraan kedua tahunan kereta api funikular Bukit Bendera dijadualkan semula pada 1 hingga 5 Jun ini susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Perbadanan Pulau Pinang (PHC) dalam satu kenyataan hari ini, penyelenggaraan itu sepatutnya dijadualkan pada 18 hingga 24 Jun ini dan keputusan mengawalkan tarikh itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan berhati-hati.

“Kerja-kerja penyelenggaraan kedua tahunan itu akan selesai dalam masa lima hari, iaitu sebaik sahaja sebelum PKPB ditamatkan oleh pihak berkuasa. Ini bagi mengelak perkhidmatan funikular ditutup kembali selepas ia dibuka semula kepada semua pengunjung,” menurut PHC. – Bernama

email blast