KUALA LUMPUR: Pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak bagi 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Jan hingga 12 Feb ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses itu susulan urusan pengambilan jawatan tetap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 hingga 21 Jan lepas.

“Seramai 242 pegawai pergigian dan 321 pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan.

“Pegawai lantikan kontrak yang berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9,“ menurut kenyataan itu.

KKM turut berharap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan itu. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image