KOTA BHARU: Sebanyak 4,050 kilogram (kg) tembakau bernilai RM607,500 dirampas dalam serbuan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di sebuah stor di Kampung Chempaka di sini, petang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Abu Hasan Ahmad Safar berkata serbuan dilakukan selepas anggota risik pasukan itu menerima maklumat dan membuat pemerhatian di kawasan disyaki.

Beliau berkata selepas pemerhatian selama 30 minit dilakukan dan didapati tiada sesiapa yang muncul, anggota PGA8 bertindak memecahkan stor untuk pemeriksaan.

“Setelah pintu stor dapat dibuka anggota PGA8 telah masuk ke dalam stor dan telah menjumpai 405 bungkusan tembakau yang setiap satunya seberat 10 kg dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kesemua bungkusan tembakau itu kemudiannya dirampas kerana tiada siapa datang menuntut dan dibawa balik ke Balai Polis Kubang Kerian untuk tindakan selanjutnya,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua tembakau itu telah diserahkan kepada pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) untuk siasatan lanjut mengikut Sekyen 52 (1) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image