SERDANG: Perikatan Nasional (PN) memberikan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi kestabilan politik negara, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan tamat pada Mei tahun depan, jadi sehingga kini kita memberikan komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) dan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara berkekalan sehingga PRU yang akan dipanggil (diumumkan),” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Padi serta Pelancaran Logo SMART SBB dan Sistem Pengurusan Maklumat Beras (RIMS), Ladang’57 iaitu Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menyifatkan dakwaan yang menyatakan bahawa PN berhasrat menarik balik sokongan kepada kerajaan sebagai pandangan pihak tertentu sahaja.

Menteri Besar Terengganu itu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini berkata sebaliknya terdapat banyak lagi perkara yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image