MELAKA: Polis menahan dua lelaki dan membuka 20 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan berkaitan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, kata Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Beliau berkata dua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50-an itu masing-masing ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana khianat dan Seksyen 427/506 kanun sama atas kesalahan khianat dan ugutan jenayah.

“Kita telah serahkan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Zainol berkata daripada 20 kertas siasatan, lima disiasat di bawah Seksyen 427 KK, tujuh kes mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954, Seksyen 24 (3) (b) AKPR 1954 (dua kes) manakala Seksyen 427/506 KK, Seksyen 500 KK, Seksyen 323/506 KK, Seksyen 3 (1) AKPR 1954, Seksyen 10 AKPR 1954 serta Seksyen 426 KK/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 masing-masing satu kes.

Katanya secara keseluruhan, pihaknya berpuas hati dengan perjalanan PRU15 di negeri ini yang berlangsung dalam suasana tenang dan berterima kasih kepada semua petugas khususnya pasukan polis kerana menunjukkan disiplin tinggi serta komitmen penuh terhadap tugas.

Menurut Zainol, kelancaran perjalanan PRU15 juga menunjukkan masyarakat di Melaka semakin matang dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa mencetuskan situasi yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Zainol berkata tangkapan melibatkan pengedaran dadah di negeri itu meningkat sebanyak 19.94 peratus iaitu kepada 746 individu sejak Januari hingga November tahun ini berbanding 622 individu dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah kes melibatkan pengedaran dadah juga meningkat sebanyak 32.82 peratus kepada 522 kes bagi tempoh sama tahun ini berbanding 393 kes bagi tempoh sama tahun lepas dengan kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1) dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya kadar jenayah indeks di Melaka merekodkan penurunan sebanyak 1.69 peratus kepada 1,218 kes dalam tempoh 1 Jan hingga semalam berbanding 1,239 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Penurunan kes berkenaan sekali gus meletakkan Melaka di kedudukan kesembilan daripada keseluruhan 14 negeri di Malaysia. Terdapat jenayah yang menunjukkan peningkatan kes iaitu pecah ru - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image