RIYADH: Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri baharu, Xinhua memetik laporan Saudi Press Agency (SPA).

Raja Salman turut mengeluarkan dekri agar rombakan kabinet dilakukan, serta melantik Putera Saudi Khalid bin Salman sebagai menteri pertahanan.

Ketua menteri yang dikekalkan termasuk Menteri Tenaga, Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Menteri Dalam Negeri, dan Menteri Kewangan. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image