NILAI: Uda Holdings Berhad (Uda) yang bakal mencecah usia 50 tahun, telah menganjurkan Kejohanan Uda Golf Friendly 2020 untuk sekian kali yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negri Sembilan, pada 20 September 2020.

Seramai 60 peserta menyertai kejohanan golf ini yang terdiri daripada wakil dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) serta agensi di bawah Medac, wakil-wakil media daripada Kumpulan NSTP, Utusan, Kosmo, Bernama, RTM, theSun dan TV3 serta pihak berkuasa tempatan iaitu Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pejabat Tanah Dan Galian, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga Jabatan Bomba Negeri Sembilan.

Johan bagi Kategori Jemputan disandang oleh Mahyudin Zaini dari Majlis Perbandaran Kajang. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Sr Kamarul Hisham dari Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dan Imran Mohammad Nor dari Utusan Malaysia.

Penganjuran kejohanan golf kali ini juga agak berbeza daripada kejohanan terdahulu di mana semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para ‘golfers’ menjadi tunjang utama dalam menjayakannya. Walaupun negara masih dilanda pandemik Covid-19, etika serta SOP yang digariskan masih dipatuhi bagi memastikan kejohanan berlangsung dengan baik dan keselamatan diutamakan.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image