SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri yang dipercayai menyalah guna kedudukan bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor antara 2019 dan 2020.

Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia lewat 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut sumber, suspek wanita yang berkhidmat sebagai pengarah di sebuah majlis perbandaran itu telah menggunakan jawatannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta yang suaminya mempunyai kepentingan, bagi melakukan kerja-kerja penilaian melibatkan nilai berjumlah lebih RM445,000.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan pasangan berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini esok bagi dituduh mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image