COLOMBO: Pengawal selia sektor elektrik Sri Lanka pada Selasa meluluskan cadangan untuk menaikkan harga elektrik sebanyak 75 peratus, lapor Xinhua.

Pengerusi Suruhanjaya Kemudahan Awam Sri Lanka (PUCSL) Janaka Ratnayake berkata semakan harga itu berkuatkuasa mulai 10 Ogos.

Dengan kenaikan itu, bil pengguna yang menggunakan sehingga 30 unit sebulan akan meningkat sebanyak 198 rupee.

Purata bil elektrik bulanan bagi mereka yang menggunakan sehingga 60 unit akan dinaikkan kira-kira 200 rupee.

Lembaga Elektrik Ceylon sebelum ini memohon peningkatan sebanyak 276 peratus bagi pengguna yang menggunakan lebih daripada 90 unit.

PUCSL meluluskan kenaikan 125 peratus untuk harga tersebut.

(US$1 = 361 rupee Sri Lanka). - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image