PETALING JAYA: Banyak acara menyeronokkan menanti pengunjung dan mereka yang membeli-belah di pusat beli-belah Sunway bersempena dengan pelancaran kempen “Wander Wonder Christmas” yang berakhir pada 2 Jan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks HC Chan berkata kempen itu yang menyasarkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan pada Krismas ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat ini untuk memenuhi agenda kelestarian.

“Ia merupakan tindakan yang patut dilakukan dan kami akan terus menggabungkan kelestarian dalam keputusan perniagaan, pengurusan dan operasi kami, malah 30 peratus daripada perhiasaan perayaan juga dikitar semula bagi mengurangkan jejak karbon,” kata beliau dalam ucapan pelancaran kempen itu di Sunway Pyramid di sini malam ini.

Ruang legar gedung beli-belah Sunway akan dipenuhi dengan pelbagai perhiasan bertema rimba yang memukau seperti watak cendawan, pohon Krismas yang dihiasi dengan rama-rama dan pepatung selain daripada pari-pari ajaib sepanjang kempen itu.

Sementara itu, menerusi kerjasama Sunway Malls dan Isuzu akan menyediakan mereka yang membeli-belah peluang untuk menebus barangan bertemakan rimba yang memukau berdasarkan peringkat, terma dan syarat setiap gedung beli-belahnya sebagai imbuhan kerana berbelanja.

Gedung beli-belah yang menyertainya termasuk Sunway Pyramid dengan tempoh menebus barangan itu dari 18 Nov hingga 25 Dis, Sunway Velocity Mall (17 Nov hingga 25 Dis) Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang (18 Nov hingga 26 Dis), Sunway Big Box Retail Park, Johor dan Sunway Putra Mall, kedua-duanya dari 25 Nov hingga 1 Jan 2023.

Mereka yang membeli-belah akan berpeluang menyertai satu cabutan bertuah yang berakhir pada 25 Dis ini dan pemenang akan diumumkan sebelum 31 Dis, bagi hadiah utama sebuah Isuzu D-Max.

Semasa tempoh kempen itu juga, ahli-ahli Sunway Pals akan memperoleh lebih ganjaran apabila mereka berbelanja dan menebusnya di gedung beli-belah Sunway yang terpilih.

Pengunjung gedung beli-belah Sunway juga akan berpeluang menyertai aktiviti seperti “Sensory Hideout”, persembahan dan bengkel sepanjang “Wander Wonder Christmas”. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image