BANGKOK: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila senjata api buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 1.30 petang Khamis, pelajar Sekolah Lad Pla Duk di daerah Bang Bua Thong, Nonthaburi dilaporkan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander polis wilayah Nonthaburi, Mejar Jeneral Paisan Wongwatcharamongkol, berkata siasatan mendapati seorang pelajar membawa pistol buatan sendiri milik seorang pelajar senior ke sekolah.

Pelajar itu menyembunyikan pistol itu di dalam jaketnya kerana mahu menunjukkan senjata berkenaan kepada mangsa.

“Pistol itu dipercayai meletup secara tiba-tiba dan peluru terkena kepala mangsa yang sedang duduk di hadapan komputer.

“Siasatan juga mendapati kedua-dua pelajar itu berkawan rapat,” katanya pada sidang media.

Empat pelajar menjadi saksi kejadian itu.

“Pelajar yang membawa pistol itu didakwa atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan menyebabkan kematian,“ katanya. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image