KUANTAN: Tiga beradik maut dalam kemalangan membabitkan lori dan kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan/Johor Bahru berhampiran Kampung Sepakat, Rompin lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata mereka ialah Muhammad Firdaus Abu Bakar, 28, serta dua adik lelakinya, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, yang beralamat di Jalan Sungai Kolek, Rompin.

“Kemalangan pada 7.20 malam dipercayai berlaku apabila lori dinaiki mangsa dan dipandu Muhammad Solihin menghala ke arah Kuantan terbabas sebelum melanggar kren di laluan bertentangan,“ menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kemalangan itu juga menyebabkan pemandu kren yang berusia 38 tahun cedera.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image