Tiga pesawat Hawk TUDM ketuai ‘Fighter Formation’ KLCC

KUALA LUMPUR: Ruang udara Kuala Lumpur dikejutkan dengan bunyi deruman enjin pesawat pejuang Hawk (TUDM) dan Typhoon (RAF) kira-kira jam 10.15 pagi tadi yang melintasi Menara Berkembar KLCC.

‘Fighter Formation’ berlatarbelakangkan menara berkembar itu melibatkan tiga buah pesawat pejuang Hawk 108/208 dengan formasi ‘Vic’ yang dikemudikan oleh Mej Muhammad Ridzuan Abdullah TUDM ‘Buscat’, Mej Ezraini Azrin Khoo Mohd Erwan Khoo TUDM ‘Chonk’, Mej Aizzam Shaari TUDM ‘Focus’, Kapt Affendi Bustamy TUDM ‘Tubby’ dan Mej Mohd Fareez Omar TUDM ‘Nosein’.

Empat buah pesawat pejuang Typhoon dengan formasi ‘Diamond’ diterbangkan oleh Sqn LdrRoger Cruickshank ‘Rog’, Flt Lt Graym Hunter ‘Grim’, Flt LtSimon Ridley ‘Ridders’ dan Flt Lt Phil Kelly ‘PK’.

Manakala sebuah pesawat Hawk yang diterbangkan oleh Mej Fairul Mohd Rustham TUDM ‘Gillete’ turut terlibat bagi merakamkan gambar dari udara.

Koordinasi terbang lintas ini telah diselaraskan oleh Lt Kol Hasfa Nyzam Abdul Hamid TUDM ‘Soleez’ dan Mej Thayala Kumar Ravi Varman s/o Selvakumaran TUDM ‘Kunte” bagi memastikan perancangan ini dapat berjalan dengan lancar.

Terbang lintas ini merupakan hasil kerjasama TUDM bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia sempena Eksesais Bersama LIMA yang kini sedang berlangsung mulai 6 Okt hingga 17 Okt 19 di sekitar Laut China Selatan. — Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image