KUALA LUMPUR: Adakah Arena Axiata “gelanggang berhantu” kepada pemain kegemaran peminat badminton negara, Lee Zii Jia?

Ini mungkin ada kebenarannya selepas jaguh perseorangan lelaki profesional negara itu sekali lagi tersingkir di peringkat awal di gelanggang itu selepas beliau tewas kepada wakil Taiwan Lin Chun-Yi, 19-21, 21-16, 15-21 pada pusingan kedua kejohanan Masters Malaysia di sini hari ini.

Biarpun merasa tidak sihat ketika perlawanan itu, Zii Jia wajar diberi pujian kerana beliau mampu menamatkan perlawanan yang berlangsung selama sejam 27 minit.

Zia Jia tidak muncul untuk diwawancara di zon campuran, yang merupakan rutin bagi setiap pemain selepas mereka menamatkan perlawanan kerana beliau dipercayai sedang mendapatkan rawatan.

Kakaknya merangkap pengurus, Lee Zii Yii yang menggantikan Zii Jia dalam sesi wawancara di zon campuran mengesahkan pemain nombor 10 dunia itu mengalami pening kepala dan menjejaskan prestasinya hari ini. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image