KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan sedikit penurunan apabila 5,793 kes dilaporkan berbanding 6,849 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (pix) menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 652,204 kes dicatatkan di dalam negara sehingga kini.

Katanya Selangor kekal negeri tertinggi kes harian, iaitu sebanyak 1,582 kes, diikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569), Kuala Lumpur (559) dan Johor (504).

Selain itu, Sabah (378), Kelantan (337), Labuan (250), Perak (218), Pulau Pinang (198), Melaka (178), Kedah (171), Pahang (121), Terengganu (82), Putrajaya (23) serta Perlis (lima).

-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image