KOTA KINABALU: Penemuan bangkai ikan karnivor jenis Araipaima yang berukuran enam kaki panjang di sebuah tasik Taman Rekreasi Tun Fuad Stephen, Bukit Padang disyaki dilepaskan oleh bekas pemiliknya.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman berkata ikan tersebut tidak berasal dari Sabah dan ianya bukan spesis yang dipelihara oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Bercakap mengenai penemuan ikan tersebut pada pagi Isnin, Nordin berkata ikan tersebut mungkin dilepaskan oleh pemilik sebelumnya kerana dia tidak mampu untuk memeliharanya.

Dia berkata bangkai ikan tersebut telah di ambil oleh Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mengenalpasti punca kematian selain penyelidikan.

Gambar bangkai ikan yang berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan seperti Brazil telah menular di laman sosial semalam. Ikan tersebut dikenali dengan nama saintifik ‘Arapaima Gigas’ yang boleh membesar sehingga lebih dari tujuh kaki panjangnya.

Penduduk setempat mengambil gambar dengan ikan yang dipercayai seberat 100 kilogram selepas ia dibawa naik dari tasik tersebut.

Nordin berkata seorang pegawai daripada Jabatan Landskap Taman menemui bangkai ikan tersebut ketika dia sedang menjalankan tugas.

“Dia ternampak sesuatu terampung berdekatan tebing tasik dan menyangka ianya adalah sebuah sampah.”

“Setelah memeriksa ‘sampah’ tersebut dia terkejut melihat bahawa ia adalah bangkai ikan yang besar. Dengan pertolongan rakan sekerja, mereka dapat mengalihkan ikan tersebut ke darat.” Nordin berkata.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image