Khidmat ‘walnut blasting decarbonizer’ Volkswagen M’sia

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan satu lagi khidmat selepas jualan yang baru, iaitu “walnut blasting decarbonizer” di semua pengedar sahnya.

Sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares, harga perkhidmatan tersebut adalah serendah RM515 dan VPCM mengesyorkannya sebagai satu langkah pencegahan bagi setiap 45,000 kilometer.

Walnut blasting decarbonizer menggunakan teknik “semburan-tembak” serbuk dari kulit walnut untuk menyahkan lapisan karbon yang terbentuk di dalam ruang pembakaran enjin bagi menghasilkan pemanduan lebih bersih dan lancar.

Diperakui dan diluluskan oleh Volkswagen AG, langkah ini lebih ekonomikal, efisyen dan tidak merosakkan bahagian enjin yang terlibat kerana ia tidak menggunakan bahan kimia berbahaya.

Semua kereta dengan enjin suntikan terus akan menghasilkan lapisan karbon akibat kesan proses pembakaran, yang kemudiannya akan melembabkan prestasi enjin.

Selepas bertahun-tahun, karbon tersebut akan membentuk jelaga yang keras di sekeliling injap masuk (intake).

Jelaga tersebut menjadi “penyekat” di dalam enjin, menyebabkan enjin hilang banyak kuasa, lebih panas dari normal dan penggunaan bahan api lebih tinggi.

Selain daripada lampu amaran kawalan kuasa elektronik dan dan enjin menyala, tanda-tanda ialah bunyi melahu (idling) yang kasar, pecutan tidak lancar, cetusan terputus-putus dan bunyi knocking.

Pengarah urusan VPCM, Erik Winter, berkata penambahan servis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan di bawah janji “Volkswagen Cares”.

“Pelanggan adalah keutamaan kami. Kami akan terus mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan dan tawaran kepada para pelanggan di bawah janji jenama Volkswagen Cares, demi memberi perkhidmatan berkualiti serta lebih bernilai. Ini merupakan salah satu daripada lebih banyak yang akan kami tawarkan nanti.”

$!Ya, inilah dia walnut!

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image