SEARCH

Lelaki maki hamun peniaga nasi lemak direman

21 Jul 2021 / 10:30 H.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang didakwa memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak selepas ditegur tidak memakai pelitup muka di sebuah gerai di Jalan Desa Bakti, Taman Desa, di sini, ditahan, pada malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 8 malam tadi di rumahnya yang terletak berdekatan dengan gerai nasi lemak itu susulan laporan polis oleh pengadu iaitu anak penjual nasi lemak berkenaan.

“Lelaki itu direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin, kedua-dua anak beranak itu sedang berniaga ketika kejadian yang sempat dirakam seorang pelanggan.

Rakaman videoi, yang tular di media sosial itu, memaparkan lelaki berkenaan memarahi dan memaki hamun peniaga nasi lemak dan seorang pelanggan lain ketika ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

-Bernama

email blast