BILA kumpulan blues terkemuka tanah air, Blues Gang, membuat persembahan di Penjara Pudu pada pertengahan 1980-an, mereka telah menggegarkan suasana penjara terkenal tersebut.

Penyanyi utama Band tersebut, Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ito, menggambarkan situasi ketika itu bahawa banduan – kebanyakannya banduan keras – yang berada di menjadi ‘teruja’ dan seolah-olah ganas.

“Ketika itulah, Arwah Jim (Pemain bass Blues Gang Jim Madasamy), nasihat untuk kita memainkan lagu yang kurang rancak untuk meringankan keadaan.” kata Ito kepada theSun ketika ditemubual baru-baru ini.

Mengulas tentang Jim, Ito menyatakan bahawa beliau juga dilihat sebagai ketua kumpulan tersebut.

“Dia adalah seorang yang bersifat ‘cool’(tenang), dan kami kerap mendapat nasihatnya berkenaan isu-isu tertentu. Dia juga berdisiplin dan berdedikasi kepada Blues Gang.”

Jim juga merupakan komposer salah satu lagu terkenal Blues Gang iaitu Mak Siti.

“Saya tidak sangka bahawa Jim akan pergi dulu,“ kata Ito sambil menutup matanya untuk seketika seolah mengenang sahabatnya.

Ito juga berkongsi pengalamannya ketika Blues Gang menjadi kumpulan “supporting act” untuk band rock Britain terkemuka “Uriah Heep” ketika konsert mereka yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - bukan semata-mata kerana mereka bermain diatas pentas yang sama dengan kumpulan rock antarabangsa itu, tetapi untuk apa yang berlaku di pentas sebelum persembahan dilangsungkan.

“Pada hari itu, Ia telah hujan dan pentas serta peralatan diatasnya di Stadium Merdeka sudah basah. apabila saya memegang mikrofon, saya terkena renjatan elektrik . Sudah tentu saya tidak mahu mengambil risiko dengan menggunakannya lagi.”

“Tetapi pembantu tabir Uriah Heep, yang menyangka kami sengaja melambatkan persembahan kami, mula mencaci kami dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Kami tersinggung dah marah dan seterusnya berlaku kekecohan diatas pentas.”

“Saya ingat lagi.. saya menghayun ‘mic stand’ saya kearah pembantu tabir tersebut, kemudian Karim (pemain dram Shaik Karim) dan Jim dengan cepat meletakkan intrument mereka dan masuk sekali.”

“Situasi tersebut akhirnya dikawal dan persembahan berjalan lancar selepas itu.” kata Ito yang menambah bahawa Blues Gang juga pernah berkongsi pentas bersama kumpulan antarabangsa terkemuka lain juga termasuk Gergasi genre rock 70-an Deep Purple.

Ito juga mendedahkan bahawa Blues Gang pernah ditawarkan untuk membuat persembahan di “venue” terkemuka dunia iaitu Royal Albert Hall pada tahun 1989.

“Tetapi peliknya kami tidak dijemput pada saat terakhir dan kemudian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dipilih untuk bermain.”

Ito kini tinggal di Pulau Sebang, Melaka, dan meluangkan masa bersama keluarganya sambil terus bergiat aktif dalam industri muzik. Beliau juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menggubal undang-undang berkait industri muzik.

Ito menyertai Blues Gang pada tahun 1979 selepas menghabiskan di Institut Teknologi Mara pada masa itu.

“Saya dari dulu, memang penggemar muzik Blues dan biasa mendengar lagu dari artis Blues pada masa itu seperti B.B King, John Mayall. Jadi apabila saya melihat kumpulan ini (Blues gang) bermain lagu-lagu blues di sebuah kelab pasa masa itu, saya terus mengambil keputusan untuk menyertai mereka.

Ahli Kumpulan Blues Gang terdiri daripada Pemain Dram Karim dan vokal, pemain bass dan vokal Jim Madasamy (digantikan oleh Shah Shariff), Vokalist dan harmonika Ito, Pemain gitar lead Julian Mokhtar, Lead gitar ke-2 Hazizi Ithnin @ Zzi Blues , dan pemain keyboard Ghani Dato’ Abut Talib @ Tok Ghani.

Dikenali secara meluas sebagai salah satu kumpulan yang berteras “Malaysia” yang terawal, Ito berkata ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai keraguan tentang bangsa atau agama.

“Muzik merupakan dorongan kita, terutamanya blues, dan bukan warna kulit kita. Kami bersatu tidak sekali pernah melihat satu sama lain sebagai bangsa yang berlainan.

Mungkin Itulah sebabnya kami diminati semua golongan rakyat Malaysia,“ katanya.

Blues Gang, sehingga hari ini, masih bergiat aktif untuk pertunjukan dan majilis khas.

Ito juga telah mebuat persembahan di Kuching baru-baru ini sempena Hari Malaysia.

Mengulas tentang lagu terkenal “Gang” tersebut Apo Nak Dikato, Ito berkata beliau mendapat inspirasi untuk lagu itu semasa lawatan balik dari Australia.

“Saya memilih dialek ‘Negri’ untuk lagu itu kerana saya merasakan ia menonjol dan juga tidak diketahui di luar negeri. Juga bahasa ibunda saya.”

Mengulas lebih lanjut tentang baris lagu “Kalau boleh nak jadi cikgu sekolah Kek Kolo Pilah” yang terkandung dalam lagu Apo Nak Dikato, Ito berkata ia adalah penghormatan kepada ibu bapanya yang kedua-duanya Cikgu.

“Saya juga diberitahu bahawa bilangan cikgu di Kuala Pilah baru-baru adalah yang tertinggi di Malaysia.” beliau berjenaka.

Ahli Blues Gang yang lain seperti Julian dipercayai mempunyai workshop gitar sendiri di Kuala Lumpur, ma

Juga Bercakap kepada theSun, Karim berkata: “Blues Gang adalah seperti hidup saya.

Saya membentuk band sebelum Jim dan yang lain masuk selepas pertandingan Juara Kugiran pada tahun 1970.”