KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga TUDM.

Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar berkata beliau menghargai komitmen semua anggota TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Jasa dan keringat kalian pastinya dihargai sekalian rakyat,“ menurut Anwar.

Pasukan udara dalam Angkatan Tentera Malaysia ini ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dan dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) ketika itu.

Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image