PASIR MAS: Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di Lubok Jong, di sini, mendapat sambutan hangat dengan kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung yang bermula pada 8 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman (pix) berkata inisiatif yang dilakukan kerajaan ini dilihat dapat membantu menangani isu kenaikan harga barang dan bagi mengurangkan kos sara hidup serta beban rakyat.

“Antara agensi yang terlibat dalam program kali ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pembekal ayam mentah DWAN Enterprise serta Pasaraya Pantai Timur.

“Inisiatif kerajaan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia dengan jualan barangan keperluan asas antara 15 hingga 20 peratus lebih murah dari harga pasaran adalah tepat dan memang dinantikan oleh rakyat,“ katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata konsep yang diadakan kali ini akan turut dilaksanakan di seluruh Kelantan melibatkan 14 kawasan Parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan terutama di kawasan bandar, pinggir bandar dan pedalaman. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image