NILAI: Selepas seminggu berdiam diri, keluarga remaja perempuan berdarah campuran Perancis-Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akhirnya tampil buat pertama kali untuk menyatakan terima kasih mereka kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada satu pertemuan di resort berkenaan, hari ini.

Video singkat dikongsi oleh polis pagi ini, menunjukkan bahawa ibu Nora, Meabh Jaseprine Quoirin yang diiringi suami, Sebastian Marie Philipe, membuat satu kenyataan ringkas.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan ibu Nora dengan genangan air mata menyatakan penghargaan kepada pasukan SAR yang bertungkus lumus mencari anaknya sejak hari dia dilaporkan hilang.

“Selamat pagi semua. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap anda, kami mengetahui anda mencari Nora siang dan malam.

“Kami melihat anda bekerja kuat, juga berdoa untuk kami, bersama-sama kami. Kami tahu anda telah mengorbankan masa terutama menjelang perayaan istimewa ini (Aidiladha) untuk bersama-sama kami di sini, Ia bermakna dunia kepada kami.

“Kami amat bersyukur atas setiap yang anda lakukan untuk kami, untuk semua orang di sini dan semua orang yang membantu dan tidak berada di sini,” katanya.

Difahamkan perjumpaan dengan pasukan operasi SAR itu diadakan di resort berkenaan. Video itu dirakamkan oleh polis dan dikongsi dengan media.

Operasi SAR memasuki hari ketujuh hari ini, yang diperkuatkan dengan penglibatan unit khas Polis Diraja Malaysia , komando VAT 69 dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meneruskan usaha mencari remaja berkenaan.

Nora Anne tiba di resort berkenaan dari London pada Sabtu untuk percutian selama dua minggu.

Remaja berkeperluan khas itu didapati hilang dari biliknya pada pukul 8.00 pagi hari berikutnya.

https://bit.ly/2TnSOyX

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image