LABUAN: Kira-kira 10,500 pegawai operasi dan teknikal Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia untuk melaksanakan operasi penuh 24 jam sehari pada bila-bila masa, apabila bencana banjir mula melanda negara hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Dr Norhafifi Ismail (gambar) berkata ia selaras dengan keperluan meningkatkan kecekapan aset serta menambah baik keperluan operasi bantuan dan menyelamat, menjelang ketibaan musim banjir sekitar hujung tahun yang dijangka bermula bulan November ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggerakkan semua aset keperluannya dari negeri-negeri yang tidak terjejas, ke negeri yang dijangka berhadapan dengan bencana banjir nanti, terutama di pantai timur, bagi menambah baik keperluan logistik dan memperhebatkan operasi apabila diperlukan nanti.

“Saya sedang melawat pejabat serta bilik operasi APM di seluruh negara, dan memeriksa aset serta kekuatan anggota sebagai persiapan menghadapi banjir. Kita akan mengenal pasti kawasan yang sering dilanda banjir, terutama di pantai timur Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan, untuk pastikan usaha koordinasi dalam persiapan menghadapi banjir,” katanya kepada media selepas melawat pusat operasi APM di sini hari ini.

Katanya APM kini memiliki 1, 304 aset (untuk operasi menyelamat di air, jalan raya dan kawasan kediaman) serta 64, 310 Collapsible Tent (C-Tent), dan kerajaan juga telah mewartakan sejumlah 6,000 pusat pemindahan banjir di seluruh negara.

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image