MOSCOW: Sejumlah 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Sputnik.

“Akibat pertempuran itu, 13 suspek penjenayah terbunuh, dua lagi penyerang telah ditahan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Operasi khas di majlis perbandaran itu bermula selepas polis menahan dua wanita yang mengatakan mereka terlibat dalam pengebumian rahsia dan menunjukkan lokasi pengebumian itu kepada pegawai penguatkuasa undang-undang.

Semasa aktiviti mencari, pasukan petugas itu diserang lelaki bersenjata tidak dikenali yang cuba bersembunyi di dalam sebuah rumah. Semasa menyerbu bangunan itu, 10 lelaki dan tiga wanita terbunuh.

Polis berjaya merampas senjata dan enam buah kereta dalam operasi itu.-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image