KAHERAH: Sekurang-kurangnya tiga maut dan 32 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di Kaherah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir.

Kebakaran itu berlaku di jabatan radiologi hospital yang terletak di daerah El Matareya dan 12 ambulans dihantar ke loaksi kejadian, lapor Xinhua, memetik jurucakap kementerian Hossam Abdel-Ghaffar.

Beliau berkata ramai mangsa cedera akibat melecur, patah tulang atau sesak nafas dan kebanyakan mereka dihantar ke hospital berdekatan. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image