KUALA LUMPUR: Seramai 2,724,238 individu atau 86.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2,832,379 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,729,076 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,054,211 atau 98.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 93,743 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,722 dos pertama, 5,929 dos lengkap serta 87,074 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini meningkat kepada 54,197,452 dos. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image