KUALA LUMPUR: Langkah mempercepatkan tarikh pembentangan bajet negara adalah perkara biasa, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob(gambar).

“Perkara biasalah. Dulu zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pernah buat (bajet) bulan September,“ katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran program USHAniaga Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa laporan media yang mengatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan awal iaitu pada 7 Okt, sedangkan menurut takwim Dewan Rakyat, Bajet 2023 sepatutnya dibentangkan pada 28 Okt.

Ditanya mengenai tarikh pembentangan bajet, Ismail Sabri berkata ia akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. -Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image