BIRMINGHAM: Skuad gimnastik berirama (gimrama) negara gagal meneruskan buruan pingat pada hari kedua berturut-turut pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2020, di sini, hari ini.

Selepas tercicir pingat gangsa selepas menduduki tempat keempat dalam acara berpasukan semalam, gimnas berirama negara, Izzah Amzan dan Ng Joe Ee(gambar) mengharungi nasib sama dalam saingan akhir acara individu all-round di Arena Birmingham hari ini.

Izzah, khususnya mengalami nasih sungguh malang.

Gimnas berusia 21 tahun itu hampir menggondol pingat gangsa selepas hanya menduduki tempat keempat dengan pungutan 108.300 mata diikuti Joe Ee,16, dengan 108.200 mata.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan akhir, Joe Ee mengakui bahawa beliau tidak dapat mengekalkan prestasi di hadapan Arena Birmingham yang penuh sesak.

Bagaimanapun, beliau merasakan bahawa telah mendapat pengajaran berharga, terutamanya tentang cara beraksi di hadapan khalayak ramai dan berikrar untuk kembali lebih mantap apabila bersaing dalam acara aparatus bola dan riben esok.

Saya menjangkakan mendapat tempat ketiga tetapi memperoleh tempat kelima. Ia tidak mudah tetapi saya hanya perlu berusaha lebih gigih esok,” kata gimnas yang membuat penampilan sulung pada temasya Sukan Komanwel, kepada pemberita di zon campuran arena tersebut.

Gagal menahan kesedihan ekoran tidak dapat menerima keputusan, Joe E kemudian dipujuk oleh jurulatihnya Afrita Ariany Nasril.

Izzah, gimas anggota pasukan negara meraih pingat perak pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, akan tampil dalam aparatus gelung dan belantan pada hari terakhir acara gimrama esok.

Sementara itu, Marfa Ekimova membawa keceriaan kepada penonton tuan rumah apabila meraih emas untuk England dengan mengumpul markah keseluruhan 112.300 mata dalam pertandingan sengit dengan Anna Sokolova (112.100 mata) dari Cyprus manakala pingat gangas menjadi milik gimnas Australia, Alexandra Kiroi-Bogatyreva (111.100 mata).-Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image